BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH PKG LABIS


PKG TELAH DIBERI TANGGUNGJAWAB OLEH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA UNTUK MEMBANTU MENINGKATKAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH..........................

Isnin, 2 Februari 2009

PSS PKG LABIS


Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) Labis terletak lebih kurang 1 km dari Pekan Labis manakala dari Bandar Segamat lebih kurang 35 km. PKG ini beroperasi di bangunan sementara di kawasan Sekolah Kebangsaan SRI Labis. Mula beroperasi di sini sekitar tahun 1992. Terdapat 27 buah sekolah ahli di bawah PKG ini.



PKG mempunyai beberapa fungsi dalam membantu untuk memajukan bidang pendidikan. Salah satu fungsinya ialah Membantu Meningkatkan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah ( PSS ). Seiring dengan zaman era IT ini, kami berusaha untuk membantu PPS sekolah ke tahap yang cemerlang agar seiring dengan pembangunan pendidikan sekarang. Sepatutnya kini semua PSS sekolah telah menuju ke era PSS Digital.