BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH PKG LABIS


PKG TELAH DIBERI TANGGUNGJAWAB OLEH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA UNTUK MEMBANTU MENINGKATKAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH..........................

Selasa, 17 Februari 2009

KHIDMAT BANTU PSS

18 FEBRUARI 2009 : Memberi Khidmat Bantu PSS di SK. Sawah Bahru dan SK. LKTP Tenang. PSS SK.LKTP Tenang berwajah baru dengan keadaan PSSnya lebih ceria di bawah kelolaan GPM yang baru dan juga dengan kerjasama yang baik dari Guru Besar sekolah tersebut.


PSS dalam proses ubahsuai





Isnin, 16 Februari 2009

KHIDMAT BANTU PSS

17 FEBRUARI 2009 - Memberi khidmat bantu PSS di SK. Seri Bekok, SJKC Bekok dan SJKT Bekok.

Selasa, 3 Februari 2009

KHIDMAT BANTU PSS

PADA 4 FEBRUARI 2009 - Memberi Khidmat Bantu PSS di SK. Kg. Tenang, SK. Pekan Air Panas dan SJKC Tenang. Pihak PKG juga telah memberi Sistem Automasi ( SiAP ) yang dikeluarkan oleh BTPNJ secara percuma kepada pihak sekolah.




Memberi bimbingan kepada guru-guru baru

MESYUARAT GPM

Pada 20 Januari 2009 Pihak PKG bersama dengan PPD Segamat telah bermesyuarat bersama AJK GPM sekolah rendah bertempat di SK. Convent, Segamat.

Isnin, 2 Februari 2009

PSS PKG LABIS


Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) Labis terletak lebih kurang 1 km dari Pekan Labis manakala dari Bandar Segamat lebih kurang 35 km. PKG ini beroperasi di bangunan sementara di kawasan Sekolah Kebangsaan SRI Labis. Mula beroperasi di sini sekitar tahun 1992. Terdapat 27 buah sekolah ahli di bawah PKG ini.



PKG mempunyai beberapa fungsi dalam membantu untuk memajukan bidang pendidikan. Salah satu fungsinya ialah Membantu Meningkatkan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah ( PSS ). Seiring dengan zaman era IT ini, kami berusaha untuk membantu PPS sekolah ke tahap yang cemerlang agar seiring dengan pembangunan pendidikan sekarang. Sepatutnya kini semua PSS sekolah telah menuju ke era PSS Digital.